Isnin, 31 Mei 2010

Misi menjawab Tag :)

Tin !! Tin ..okey cik zyqa telah di tagged oleh Iman's Umi http://imansumi.blogspot.com/.. waa terima kasih umi kerana memberi ruang sedikit untuk saya bocor rahsia tentang diri saya :)

23 tentang diri secara rawak
  1. nama manja zyqa kalau nak lagi sedap panggil nama penuh NUR HAZIQAH
  2. seorang yang suka berkawan tetapi sukar untuk mempamerkan contoh macam malu malu kucing la kann..nak kawan tapi buat macam tak nak..
  3. seorang yang gila gila jugak bila da jumpa geng sekampung
  4. saya banyak cakap bila berdepan dengan orang orang yang tertentu ni contohnya yang suka diam jee tak berkutik..memang kena tahan la apa saya cakap
  5. masa waktu bulan puasa petang petang mesti terjenguk jenguk kat luar mane tau jiran bagi kuih kee..hehe
  6. seorang yang suka berjalan tapi lebih memilih untuk duduk di rumah..tak best laa jalan jalan kalau xde duit kan..heh
  7. yang pasti saya perempuan yang punya 9 nafsu dan 1 akal (semua perempuan same je kan ) :)
  8. minat dalam pembacaan novel terutama karya karya yang menyentuh perasaan..mak aih..layan kot..
  9. seorang yang minat dengan perkara perkara yang berkaitan dengan paranormal kalau boleh cik zyqa nak masuk sekali rasa apa tu erti seram!!!
  10. tak punya teman yang bergelar "BOYFIE" bukan "BUAYA" okeh..haha
  11. sebelum tidur mesti intai parents dah tidur dulu ke belum..dah macam penjaga keselamatan la konon..heh
  12. yang ni paling best kalau ada golongan makcik makcik bukak tingkap saya join sekali tapi sekadar mendengar saje laa nak menyampuk kena ketuk kepala.:)
  13. haa ni fakta!!! saya suka masak nasi goreng..:)
  14. sayang kucing!! suka kucing!! tapi tak berkesempatan nak pelihara
  15. masa darjah satu seorang yang kuat nangis sebab tak nak pergi sekolah
  16. tapi masa TADIKA tak pernah pulak nak ponteng..heh
  17. tempat pilihan untuk melepak mesti kedai buku sebab rasa tempat tu je selamat dari kes penculikan..haha
  18. gila main bowling..opss!! longkang tak main oke:)
  19. saya kaki paw duit kawan bila sesak..lagi lagi takde duit tambang..tapi ganti balik yee!!
  20. seorang yang sukar untuk berkongsi sesuatu perkara secara terbuka
  21. kalau keluar dengan kawan diorang selalu cakap muka saya ketat..hah???tipuu jee korang..aku senyum okeh...
  22. nama saya ada maksud tersendiri yang pasti bukan dari jenis bunga bungaan
  23. okeh okeh!! ni yg last sekali..fuhh..akhirnya dapat buat tag ni..sekian 23 tentang diri saya secara rawak

okey sekarang misi korang lak nak jawab yee.. cik zyqa nak golek2 atas tilam

http://www.tengkunizam.blogspot.com/

http://porttuantanah.com/blog/

http://lalastorylife.blogspot.com/

http://butterflies-lovers.blogspot.com/

HAHAHA...

Cepat!! follow saya..saya nak follow anda balikk!! :)

Salam buat blogger semua..Seperti yang sedia maklum saya telah buat blog baru oleh sebab sebab terentu..

oleh hal yang demikian saya minta jasa baik anda semua untuk jejak saya disini..dan follow saya kembali untuk mudah saya mencari anda semula yang dah link saya..

http://haziqahzaki.blogspot.com akan di anaktirikan secepat mungkin..:)